Thursday 22 April 2010

popia bersira pedas

Bahan untuk inti


* 1/2 biji kobis - diricih halus

* 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus

* 1 biji sederhana bawang besar

* 3 ulas bawang putih

* 1 sudu besar sos tiram

* 1 sudu makan udang kering

* garam secukupnya

* minyak untuk menumis

* **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***

* 15 tangkai cili kering

* 1 biji bawang besar

* 5 ulas bawang putih

* 1 sudu besar gula perang

* 2 sudu besar kicap manis

* minyak untuk menumis

* garam,

* *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara

1. masukkan inti kedalam kulit popia segera(ikut banyak mana yg di ingini)
2. masukkan inti sehingga habis

3. goreng popia tadi

4. sediakan sambal
5. masukkan popia yg telah digoreng kedalam sambal yg telah ditumis dan disejukkan sebentar
6.goreng seketika popia + sambal dgn api sederhaa ...agak agak kulit popia lembut sedikit dan matikan api
6.siap untuk dihidang

donut

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
-resepi asal dari sitiazma@myresepi


* 1/2 sudu kecil garam

* 250 gm tepung

* 25 gm gula

* 1 biji kuning telur

* 1 sudu besar minyak

* 2 sudu kecil yis

* 62.5 ml susu suam. untuk breadmaker guna (125 ml).

Cara-cara
1.Gaul sebati tepung, gula, telur kuning, minyak.
2.Masukkan yis dalam susu suam. Tuang sedikit-sedikit susu tersebut ke dalam adunan tepung. Uli sampai tak doh melekat ke bekas.
3.Buat bulat. Masukkan dalam bekas, tutup dengan plastik wrap. Letak tempat panas. Biar naik 1 kali ganda (lebih kurang 1 jam).
4.Keluarkan doh dari bekas. Tumbuk-tumbuk spy keluar angin. Leperkan doh lebihkan 1/2 inchi. Bolehlah potong dengan donut cutter. (Saya takde donut cutter or scone cutter. Kita guna mulut gelas jer utk potong bulat. Lubang kat tengah tu, saya tekap dengan icing nozzle (^+^).
5.Biarkan naik sekali ganda lagi > Lebih kurang 30 min.
6.Bolehlah di goreng ya. Siap goreng, ditoskan minyak atas jaring atau mengggunakan apa-apa yang patut. Lepas sejuk, boleh dihias dengan topping kegemaran masing-masing.
7.::Buat Donut Menggunakan Breadmaker:: 1. Masukkan semua bahan mengikut turutan di atas. 2. Pilih menu buat doh. Tunggu siap - atau boleh je stop sendiri dlm masa 20 min). 3. Ikut cara-cara seterusnya kat atas mula dari no.3.

cream puff


Bahan-bahan ( 10 biji )
resepi asal dari kak yani@myresepi


100ml air

45g butter-suhu bilik, potong 1cm

60g tepung gandum- diayak

2 biji telur(100g)

Cara-cara
1.Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
2.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 5.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 5cm.
8.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
9.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
10.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
 
resepi kastad krim:
 
bahan bahan
35g tepung kastad
1 1/2 cwn air
1cwn susu segar
5sb gula
1biji kuning telur
7g mentega
1/2 sb esen vanila
 
cara buat:
1)campurkan tepung kastad dengan sedikit air
2)masukkan susu segar,baki air dan gula kedalam pes kastad .kacau sebati
3)masak atas api kecil,kacau selalu higga kastad hampir pekat.
4)masukkan kuning telur ,mentega dan esen.sejukkan
5)kacau sekali sekala untuk mengelakkan kastad menjadi keras diatasnya.
letakkan krim dalam beg pasti utuk mengisi krim puff melalui potongan di tepi setiap krim puff tadi...
 

kushidango



Kushidango adalah makanan yang agak popular di Jepun,ia adalah berasaskan tepung pulut.

Ingredients:


•1 1/3 cup joshinko (glutinious rice flour)

•3/4 cup warm water

•For Sauce:

2/3 cup water

1/2 cup sugar

2 1/2 tbsps soy sauce

1 1/2 tbsp katakuriko (dogtooth violet starch) /cornstarch

1 1/2tbsp water

•*Bamboo skewers

Preparation:

Put rice flour in a bowl and add warm water.
Knead the dough well. Make small round dumplings.
Place the dumplings in a steamer and steam them on high heat for 10 min.
Cool the dumplings and skewer them in bamboo sticks. (3-4 dumplings each stick.)
Mix water, sugar, and soysauce in a pan and put it on medium heat.
Mix the water and katakuriko starch in a cup and set aside.
When the sauce boils, add the starch mixture and mix quickly.
Slightly grill the skewered dumplings and brush the sauce over them.

cendol

resepi last week.untuk simpanan dan rujukan di masa hadapan.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
resepi asal daripada siti mariam @ myresepi


1 cawan tepung beras

3 cawan air pandan

secubit garam

1 sudu kecil air kapur

sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara
1.masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
2.kacau selalu supaya tidak hangit
3.sediakan bekas yang berisi air sejuk (ais)
4.masukkan cendol ke dalam acuan(seperti gambar diatas) dan tekan ke dalam air sejuk
5.kalau tak ada acuan tekan di atas senduk yang berlubang
6.simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....  

Tuesday 13 April 2010

useless

Assalamualaikum wbt...

Just now i felt dissapointed, frustrated and useless...since Zameer's eczema worsening instead of well healed. maybe can be categorise as chronic eczema since already 2-3months. Because of that,really make me stress and frustrated.i couldn't ensure when the eczema will heal. here,i can't go to clinic by myself or consult to any doctor by myself...really make me fell useless one.i don't know what should i do...due to language barrier , i couldn't do most of the things by myself...that make me want to go home immediately.(sigh)...

Monday 5 April 2010

mood swings

Assalamualaikum wbt...

my feeling not so stable lately...sad...happy...grumpy...mixed feeling...
it's depend on the situation,depend on what happened previously determine what will i feel...
sometimes,i will be very happy...then at the same time i will totally change to be sad or grumpy...
everytime i try to be myself,be strong...and at the same time also i fail...
lately.my tears are like waterfall....it's just drain crazily...easily disturbed with the sensitive issue...
better not to think what others's thinking...but since i live in this small community, i can't do that...can,if i live far from others,don't bother what others's doing,saying or thinking....
make me want to go home,be with my mother,share my feeling and sadness...
men not understand women feeling...they just take everything for granted...take everyting as simple as they think...
if i could go to the past time,i would like to live with my parents until their last breath...

Friday 2 April 2010

ayat seribu dinar

Assalamualaikum wbt...

Hari ni 2 perkara yag menggembirakan hati ini...
1) Paper conference Mr Hubby di Osaka accepted..ibu yang terlebih gembira sebenarnya kerana secara tidak langsung kami berpeluang berjalan jalan di Osaka...
sepanjang perjalanan ke klinik hari ni,ibu asyik bercakap tentang Osaka,layan je la ayah ye...
2) Setelah 2 x berulang ke klinik untuk meringankan 'beban' dan susah hati ibu ini.Alhamdulillah segala-galanya masih dalam keadaan normal...cuma kesabaran dan kebergantungan kepada Allah yang perlu dipupuk lagi...

Kadang kadang sesuatu perkara itu berlaku diluar pemikiran dan kelogikan kita...namun Allah jua yang menentukan nya...beruntunglah bagi umat islam kerana dijadikan DOA sebagai peghubung antara Rabb dan hambanya...ALhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

Semoga Allah terus terusan memudahkan rezeki kami,memudahkan segala urusan kami didunia dan akhirat...

 At-Talaq [2] ……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.